A Girl's Diaries!

""


sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Stuff

You are now in my world. A world where an ordinary girl loves to write about her feelings & pretty much bout everything that no one seems to care. A world of her life.


Bigfoots!

Speak up at MY CBOX :)

Open Cbox




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Syera .
Others:   


Ibu.

"There's no moms out there that can ever replace your biological mother."


Yaa ibu. Tajuk aku kali ni pasal ibu. Seorang ibu yang setia menjaga kita dari kecil sehingga kita dewasa, sehingga kita menjadi seorang manusia yang berjaya. Yaa, dia adalah seorang ibu yang tidak pernah mengeluh, yang tidak pernah jemu melayan kerenah kita, yang setia menjadi seorang kawan, kakak dan seorang pendengar yang baik. Yes, mom is the best gift ever given by Allah to all of us. Kasih sayang ibu tidak pernah berkurang.


Kadang kita tanpa sedar membuat ibu terguris hati, tanpa kita sedar kita mengecewakan harapan ibu yang setinggi gunung. Tanpa kita sedar, kita membuat ibu menangis dalam diam. Ibu tidak pernah meminta sesuatu diluar kemampuan kita. Ibu tidak pernah berharap wang ringgit, kereta mewah daripada kita. Tetapi, hanya kasih sayang seikhlas hati yang diminta. Namun, pernah kah kita sebagai seorang anak membahagiakan ibu? Tepuk dada, tanya diri.


Siapa bantu untuk bangunkan kita ketika kita jatuh tersungkur? Ibu. Siapa yang bersusah payah berjaga waktu pagi untuk sediakan susu untuk kita sewaktu kecil? Ibu. Siapa yang setia memberi semangat dan membantu kita untuk terus berada atas landasan yang betul ketika kita hilang arah? Ibu. Yaa, ibu sanggup bersusah payah untuk kita, tetapi pernahkah kita luangkan sedikit masa bersama ibu?


Wahai anak muda, jangan pernah sesekali kau alpa atas kejayaan dan kemewahan yang engkau kecapi di dunia, jangan pernah kau lupa jasa ibu yang melahirkan kau. Jangan pernah sesekali kau toleh kebelakang dan terus berjalan mengabaikan ibu mu dibelakang. Sungguh tidak salah sama sekali, syurga mu terletak dibawah telapak kaki ibu.


Ibu, ampunkanlah salah silapku. Bimbinglah aku sekiranya aku tersasar dari landasan yang benar. Ingatkan aku sekiranya aku alpa. I really need you mom. Mom, I love you to the moon and its back. I love you to the infinity. And I will always love you no matter what happen. Forever love you, mom. Without you, I will never know what love means. Without you, I won't be able to see the world. Without you, I will not be right here. Thankyou mom, thankyou for everything........