A Girl's Diaries!

""


sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Stuff

You are now in my world. A world where an ordinary girl loves to write about her feelings & pretty much bout everything that no one seems to care. A world of her life.


Bigfoots!

Speak up at MY CBOX :)

Open Cbox




Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Syera .
Others:   


Dikhianati.

"You shouldn't trust everyone. Not everyone can be trusted."


Kadang tanpa sedar kita ditipu. Manis kata kata dilemparkan. Tetapi, pembohongan semata mata. Kau pernah khianati kepercayaan yang aku letak atas kau. Aku tahu, kau selalu ada sebelah aku. Selalu ada untuk beri semangat untuk aku. Tapi untuk apa kalau semua kata kau itu dusta? Atas dasar apa untuk aku percaya? Kau kata, kau akan sentiasa jujur atas segalanya. Namun, kata kata kau satu pun aku tidak percaya. Tetapi, atas dasar kawan aku biarkan sahaja. Aku cuba beri peluang kedua. Ketiga. Dan masih memberi kau peluang keempat. Tetapi, kenapa masih kau belum berubah? Kenapa perlu kau patahkan garisan lurus kepercayaan aku atas kau? Kau tahu itu semua dusta. Kau tahu aku cuba percaya. Kau tahu itu semua. Tetapi, kenapa kau masih biarkan syak wasangka aku bertambah kian hari? Kenapa kau buatkan persahabatan kita diambang keruntuhan? Kenapa?


Yaa, itu yang aku ingin tahu. Selama bertahun lamanya kau setia ada berdiri sebelah aku. Hujan, panas kau sanggup redah. Demi apa? Demi persahabatan kita. Tapi aku tahu, persahabatan kita bukan lagi seperti dahulu. Aku berubah? Yaa, aku berubah. Kerana apa? Kerana kau. Aku sekarang sedar. Bukan semua orang aku boleh letakkan kepercayaan aku. Terima kasih sahabat, kerana mengajar aku erti sebenar kepercayaan atas dasar hubungan persahabatan. Terima kasih kena mengajar aku untuk terus beri peluang kedua untuk seseorang. Dan terima kasih untuk terus mengajar aku erti bersabar.


Aku tahu persahabatan kita bukan seperti dahulu. Aku sedar. Tetapi, aku masih ingin kau berubah menjadi seorang sahabat yang aku kenali dahulu. Bukan aku ingin kau jatuh. Bukan aku ingin kau tersungkur malu dihadapan semua. Tetapi, aku ingin yang terbaik buat kau. Aku tahu jauh dihati kau masih punyai kesedaran. Tapi cuma kau leka. Kau abaikan semua. Bila kau jatuh, aku masih setia disini. Aku tetap akan hulurkan tangan untuk bantu kau. Kerana apa? Kerana kau tetap sahabatku...


Hadapi dunia nyata dengan realiti dan hakikat sebenar. Penipuan yang dicipta tetap tidak akan menjadi nyata. Kau, aku, dan kita semua mampu untuk mencapai impian yang dibina. Bukan dengan cara kau reka sebuah cerita tetapi dengan cara kau usaha.